About Me

My photo
Hi, nice to meet you. Thank you for visit my blog. I wish you can join my blog. :)

Maklumat Pendidikan Pemulihan Khas

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS 2012
Garis Panduan PEMULIHAN



VISI, MISI & OBJEKTIF PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

VISI
Pendidikan Berkualiti Menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas Selaras Dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan.

MISI
Menyediakan pendidikan berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan dapat memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

OBJEKTIF
• Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas.

• Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas

• Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas.

• Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.

• Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas dan pemulihan khas.



Ciri Guru Pendidikan Pemulihan Khas

Pengenalan
Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka.

Ciri-Ciri Guru Pendidikan Pemulihan Khas
1.   Boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P).
2.   Komitmen yang menyeluruh.
3.   Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah.
4.   Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa dan pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan.
5.   Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid.

Peranan Guru Pendidikan Pemulihan Khas
Guru Pendidikan Pemulihan memainkan 5 perkara penting iaitu :

1.  Peranan Sebagai Penilai (An Assessment Role)

  •     Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan khas.
  •    Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.
  •    Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.

2.  Preskriptif (Prescriptive Role)

  •          Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
  •     Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan.

3.  Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentic)

  •    Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran asas 3M.
  •         Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” atau “ guru pendamping ” sekiranya perlu.

4.  Peranan Khidmat Bantu (A Supportive Role)
  • Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
  • Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang menghadapi masalah 3M.

5.  Peranan Perhubungan (A Liaison Role)
  • Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang murid.
  • Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.



PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Definisi
Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut:-
  • Kebolehan Kognitif
  • Tingkah Laku Sosial / Perkembangan Sosial
  • Pengguasan Bahasa ( Lisan / Pertuturan)
  • Keupayaan Membaca
  • Kemahiran Perkembagan (Development Skills)
  • Kemahiran Matematik
Antara kecacatan yang dialami oleh Kanak-Kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Lembam ( akibat kecacatan otak)
  • Autistik
  • Dowm Sindrom
  • Terencat Akal Ringan
  • Terencat Akal Sederhana
  • Hiper Aktif
  • Hipo Aktif
  • Cerebral Palsy
  • Emosi / Tingkah Laku
  • Pertuturan
  • Epilepsi
  • Pelbagai Kecacatan

Objektif
Setiap Kanak-Kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:-

  • Menguasai kemahiran berkomunikasi
  • Menguasai kemahiran bergaul
  • Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
  • Menjaga keselamatan dan keselamatan diri
  • Menguruskan hal-hal berkaitan kehidupan seharian
  • Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
  • Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi
  • Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
  • Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
  • Mengembangkan potesni, bakat dan daya kreatif dan intelek
  • Membolehkan murid melakukan praktis asas dan dapat menjalankan kerja dengan sendiri.

Adakah Anak Anda Mempunyai Ciri-Ciri Berikut?

Ciri-ciri Fizikal

  • Kanak-Kanak yang mempunyai tahap keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor-faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan, berat badan dan koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak banyak beza daripada kanak-kanak biasa.
Ciri-ciri Intelek
  • Mempunyai daya ingatan rendah dan penguasan kebolehan terhad dalam bidang generilisasi bahasa. Kesulitan dalam pengamatan dan memahami konsep serta daya kreatif rendah
  • Hanya dapat dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.
Ciri-Ciri Tingkah Laku
  • Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu
  • Mudah Kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang kali hasil daripada pengharapan masyarat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur mereka
  • Sikap dan nilai sosial kanak-kanak tidak selaras dengan tingkah laku murid-murid biasa.
  • Minat kanak-kanak ini adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.
Sila Dapatkan Borang Pendaftaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas:-
  • Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri
  • Sekolah-Sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas
  • Hospital-Hospital Kerajaan dan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat

Perkhidmatan Yang Diberikan

  • Program Pendidikan Khas di sekolah-sekolah yang di buka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Program-Program atau Pusat Asuhan yang ditubuhkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Badan-badan Perseorangan atau NGO yang berdaftar dengan Kemneterian berkaitan.

Keistimewaan Berdaftar Dengan Pendidikan Khas

  • Pendidikan percuma di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Kelebihan apabila layak menduduki Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Bantuan Orang Kurang Upaya
  • Potongan tambang pengangkutan awam
  • Potongan sewaan penggunaan telefon apabila memenuhi syarat umur (Sila dapatkan penjelasan dari Kementerian-Kementerian berkaitan)

Kit Lengkap Pemulihan Khas BM


No comments:

Post a Comment